Thursday, June 9, 2011
Mentaliti Kaki
- Peluang yg baik slalu datang waktu kite tak bersedia. tp ingat, pluang yg datang hanya sekali...either u take it or leave it. i'll show u how does money work for u! PM me!
- Nilai diri anda akan menjadi lebih mahal apabila anda menyedari pentingnya diri mempunyai kualiti dalam setiap aspek kehidupan. Hanya kerana itu dala apa cara sekalipun anda perlu meningkatkan dan cuba untuk membina kualiti diri
- Putus asa adalah musuh utama kepada matlamat anda. Sikap putus asa akan menghilangkan strategi anda, melunturkan usaha anda dan juga mungkin membunih anda dengan kegagalan....skill no limit khas 4 u all....mcm mana nak income xputus2...insya'Allah....
Aku jumpe kat facebook sorg mamat bodoh.
Hari ni aku gelak besar
P/S : Aku tak penah percaya duit akan dtg tanpa kerja keras (secara normalnya)
Saturday, April 10, 2010
Anda Tanya Aku Jawab
Saya ada kemusykilan sedikit. Kenapa Filem - filem Malaysia sekarang asyik buat cerita pasal Mat Rempit ngan Minah Rempit? Producer-producer dah takde idea ke nak buat filem?
Bagus soalan Encik Karim Daud. Saya suka soalan nie. Mencabar minda. Hari tu saya lepak dengan producer filem ni, dia cakap kat saya filem-filem rempit ni untuk rujukan adik2 yang masih di bangku sekolah yang kurang sumber rujukan untuk jadi mat rempit. Filem2 ni dapat bantu diorg menjadi mat rempit sejati. Pastu producer tu cakap dia dalam proses perundingan dengan National Geographic untuk buat dokumentari pasal Mat Rempit. InsyaAllah hujung tahun siap.
Gadis Manja Terencat
Sayer ader masalah. Sayer ader masalah dengan BF sayer. Dia suker sgt merajuk. Penat kitew nak pujuk die taw. Macamaner sayer nak pujuk dier nie?
Kepada Gadis Manja, problem macam ni memang selalu di alami oleh budak - budak sekolah yang baru nak up. Baru2 nak ada GF and BF. Senang je nak selesai masalah nie. Saya cuma boleh kate ADA AKU KISAH?!!!PEGI MATI!!!!.
Thursday, March 4, 2010
Motivasi Terbaikkkk
Memberi maaf memang mudah tapi nak melupakan habis apa yang orang dah buat pada kita seolah-olah tiada apa-apa, itu agak mencabar.
Saya tak suka kata susah, saya memilih untuk kata ‘mencabar‘ sebab perkatan tu lebih positif. Menyebut perkataan ‘susah‘ membuat kita terdorong untuk berfikiran negatif kerana bunyi perkataan tu agak negatif.
Dah jadi lumrah agak mencabar melupakan perangai orang yang menyakitkan hati kita. Tapi, jika Anda nak berjaya, nak menjadi orang hebat dalam bidang Anda sekarang ni dan Anda betul-betul nak berubah, Anda kena melatih diri untuk melupakan kesalahan orang.
Cemana nak melupakan?
Langkah 1: Tutup cerita lama, buka cerita baru.
Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.
Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalo diingat selalu.
Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.
Langkah 2: Anggap setiap hari adalah hari yang baru dan tiada kaitan langsung dengan hari-hari buruk yang dah berlalu.
Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa kini. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira.
Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalo macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita.
Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita.
tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.
Langkah 3: Pendirian mesti mau kuat, fikiran kena matang.
Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, Anda kena kawal emosi.
Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.
Friday, February 26, 2010
Sajak Untuk AKu
Kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai
Kemudian teriakku
Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Aku mahu bingar…aku mahu di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya
Biar ramai..biar mengaduh sampai gaduh
Aihh..ada malaikat menyulam jaring labah-labah
belang
Di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja locengnya
Biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai?
Monday, February 8, 2010
Hari Buat Anak
dan ini lagi funny shit yang di report oleh The Star online.
pelajar pusat pengajian tinggi urged girls not to wear panties on Valentine's Day.
objektif untuk tidak pakai spender adalah : menunjukkan how much you love ur boyfriend.
ni mesti nak buat anak ni. haish.

Tuesday, February 2, 2010
BuHsAn
- Hari selasa kena present physic teaching method, presentation itu bukan menjadi masalah bagi saya yang bercita-cita menjadi ahli politik wang, tapi saya punya bukan english britain tapi english keterengganuan. Jadi bahan jenaka lagilah saya ini,
- Saya malas nak pikiaq apa2 lagi, baik tidu je, Ahlam Wassalam semua. ArGGhhh
Tuesday, January 19, 2010
Hari Pertama 2010
- Azam. Setiap tahun baru menjelma, mesti orang tanya tentang azam. Memang tipikal kawan2 saya ini. Macam2 azam yang kedengaran, nak insaflah, nak benti rokoklah, nak kayalah, nak cari mangsa barulah. Ikut hangpa lah, asalkan korang bahagia. Sedangkan azam yang tahun2 sudah pun lum kering dakwat kat diari. Pastue nak bina azam baru pula. Tak salah, at least tujuan hidup itu ada. Taklah terkontang-kanting cam mak pit sudah. Then bagi saya pula, biasa dalam biasa dan suci dalam debu. Rasanya azam tahun ini nak menyahut seruan azan je. Doakan saya ye, saya nak berubah...
- WebCam Plzzz...Yang ini lagi power, Hanya dua perkataan tapi bisa dia kalah ular tedung. Saya tak nak komen apa2 pasal ini, lagipun saya baru je mahu aplikasikan dalam Ym saya. Baru nak berjinak2 ngan mangsa, tapi dia dah berenti kerja. Frustnya, tapi jangan bimbang, pakar webcam plzz ada. Nanti mau berguru sama dia. Gua respect sama lu bro, siap boleh buat lirik lagu. Cinta Bukit Bendera. Nantikan di pasaran.
- Raja Lawak Musim Ke4. Bolehlah tahan, tapi saya menyampah kat J.D. Lawak cam bangang. Nasib baik hang kaya dan pandai cakap jepun. Bolehlah bertahan lama sikit. Bak kata Din Beramboi, buang masa je tengok lawak hang. Aku harap ko dapat bertahan sampai minggu ni saja. Anda bayangkanlah sendiri camna tahap lawak J.D tue.
- Terakhir, umur saya makin tua, tapi tak jumpa lagi ngan Nurkasih saya. Takkan nak membujang sampai tua. Waduh, kecewa dong....Tolong kawan2
Thursday, December 31, 2009
2009
Kita bersua kembali untuk tahun 2010. Ingatkan saya supaya menulis lagi. Wacaaa
Friday, November 20, 2009
Kata Orang
Kata Mak,
KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang...
Kata Abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit...
Kata Atuk,
KAWAN tu seperti air, akan terus mengalir tanpa henti...
Kata Nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tapi berada nun jauh di sana...
Kata Sedara,
KAWAN tu macam makanan, ibarat kawan makan kawan!!
Kata Abang,
KAWAN tu seperti lembu (minta maaf bahasa kasar), mengikut saja apa dikata oleh tuannya...
Kata Kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, berbau tapi sedap dimakan...
Kata Adik,
KAWAN tu macam biskut chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada...
Kata Saya,
KAWAN tu tak kisahlah macam mana pun. Asalkan tak menikam dari belakang, buat salah tak nak mintak maaf. Aku peduli apa, ramai lagi yang menunggu kat belakang untuk dikawani...Terima kasih semua, see u then
Membimbing saya ke jalan yang benar
Thursday, November 12, 2009
Bahasa
- Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
- Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
- Tiada rotan, pelempang berguna juga
- Biar lambat asalkan tak cepat
- Biar putih tulang, jangan kuning gigi
- Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
- Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
- Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
- Secupak takkan jadi 18 cupak
- Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia
- Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
- Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
- Alang-alang mandi biar guna sabun
- Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
- Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
- Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... . bisu
- Hidup segan mati di tanam
- Ikut hati mati, ikut rasa merasa
- Lembu punya susu cap teko dapat nama
- Sehari selambar benang lama-lama benang habis
- Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
- Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
- Membujur lalu melintang pukang
- Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
- Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
- Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
- Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!:lawak:
Tuesday, November 10, 2009
Santai
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!
Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K....
Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??
Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit
Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!
Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!
Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???
Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!
TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK.. ,_._,___
Wednesday, November 4, 2009
Pejuang Keadilan
Ini adalah pejuang berani mati yang telah dilatih untuk mempertahankan tanah air jika diceroboh oleh sesiapa sahaja termasuk anda. Awas, anda telah diperhatikan setiap masa. Diminta anda semua bangun dan berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyikan Lagu kebangsaan. Haishh.....
Hahaha, ramai yang beranggapan ini adalah Rejimen 6 Askar Wataniah. Untuk pengetahuan anda ini adalah Team Soket Paintball. Sesiapa yang ingin mencabar kami. Dipersilakan, sila booking kami disini. Ok deh. Wa chow lu
Thursday, October 29, 2009
MiNggU TeRaKhir
- Saya penyokong Man Utd yang tegar. Kekalahan dikaki musuh ketat, Liverpool amat menguntung rasa payau dalam hati ini. Kepada penyokong lawan saya. Kalau berani marilah satu lawan satu. Ko pakai keris dan aku pakai pistol. Kita tgk sapa yang kena. Saya putarr Halim.
- Saya bahagia bersama karenah kawan2 yang berlainan angkatan. Antaranya Ad seorang bekas ahli komando bersama ayam sabungnya suka melepak dan melihat tayangan amal untuk didermakan kepada Yayasan Kanser Malaysia. Saya kagum dengan anda. Manakala Mud, seorang pemuda yang berwawasan tinggi tapi hidup bersama alasan yang langsung menggatalkan hati saya. Alasan anda belum dapat membuat hati saya teruja. Maafkan diri anda sendiri. Begitu juga dengan Pak Mid, cerita anda membuatkan saya cukup kagum. Anda layak memberikan cerita anda kepada Razak Mohaiden untuk dijadikan filem. Tidak lupa juga kepada Azrai Khor. Walaupun tahun ini, jodoh anda tidak lama bersama Kedah, tapi keinsafan anda membuatkan anda tidak lagi pakar dalam Gelimart. Tapi anda pakar dalam permainan poker. Walaupun chip ada 400. All in je memanjang. Untuk saudara Apai, anda belum dapat tewaskan pasangan Cengko dan saya. Belum terlambat untuk anda mengasah bakat anda. Kita jumpa di KL. Manakala Pak Din tetap dengan taglinenya, Charr, Roti jala satu. Itu tak baik punya. Untuk saudara Zul, satu persoalan, bilakah kita nak karok lagu rappers lagi. Yo Yo Yo. ( Nama2 diatas adalah nama samaran dan dan cerita ini adalah rekaan semata-mata. Betul ke rekaan??). Anda semua membuatkan minggu terakhir saya baru bermula.
- Final exam membuatkan saya menjadi kacau-bilau ibarat garuda melanggar mahamerungwangsa. Jiwa saya kosong. Apatah lagi otak saya. Tolonglah saya. Saya tak bersalah.....
Saturday, October 24, 2009
Kalau
1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
Saya jawab: Kalau u lawa sangat, jangan bandingkan dengan budak tu. Bandingkan dengan Ayu Raudhah( NURKASIH)
2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!
Saya jawab: Tengok muka i ingat kat makan. Cubalah diet sket. Pinggang u dah besar dari i.
3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.
Saya jawab: Sini tak lawa, jom kita pi kat bundle, 3 helai RM10. Ambillah banyak mana yang u nak.
4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
Saya jawab: Kepala u je nak picit, kepala i pulak cene....
5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
Saya jawab: Saya pun letih. Apakata u pegi tapau kat kedai mamak. I nak nasi lemak RM4.30, kepak ayam dengan teh tarik. Cepat sikit....
6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
Saya jawab: Ingat i nak kat you ke..i just nak ringan-ringan je. (Ringan-ringan tu apa???)
7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.
Saya jawab: I suka berkawan dengan kawan you. Tak paham-paham ke?
8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
Saya jawab.: Gila ke ajak aku gaduh. Baik aku gaduh ngan Malek Nor. Takpun you pi gaduh ngan Nor Malek, Haish. Tarik rambut diaaaaa...
9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
Saya jawab: I yang berkorban-korbanan kat you. Nak duit cari i. Nak perabis duit cari orang lain. Haish, baik i dlu blah...
10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat..
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.
Saya jawab: You matilah cepat2 sikit. Senang sikit i nak langkah you. Huahuahua
Thursday, October 22, 2009
Hari - hari last untuk kamu
Hari - hari last untuk kamu. Hari - hari last kamu di universiti ini. Tiga tahun kamu di sini dan hari - hari last untuk kamu adalah minggu ini. Jap. Kesat hingus. Sedih cam sial.
Saya lambat post entri ini kerana sibuk sana sini. Saya hanya letak tajuk sahaja. Bila saya dah post entri ini kawan - kawan saya dah balik kampung masing - masing. Aduh. pasni takde sape nak baca blog haram nie. Saya akan rindu kamu dan kamu tapi bukan kau. Tapi kawan -kawan ku semua anda perlu ingat :
Subaidah. Khaleel. Istimewa. Kerana ini adalah kedai mamak yang anda mula2 masuk U. Dan dari itu anda mula lepak mamak sampai pagi. Anda rasa bulu - bulu mamak itu sangat kewl dan makanannya sangat sedap. Setelah tiga tahun di U, anda akan perasan pekerja kat subaidah rajin - rajin dan pekerja kat khaleel sangat lah malas dan kurang hajar. Tapi anda akan rindu saat - saat anda lepak di mamak bersama kawan2 atau girlfren anda. Kan?Kan?
Pacalele atau Padkapau. Bagi sesetengah kawan2 saya makanan ini adalah makanan kegemaran mereka. anda saya tidak tahu. Saya juga penggemar tegar makanan ini. Pacalele adalah makanan Indonesia ( tapi ada orang panggilnya nasi penyek kot ). Padkapau plak adalah makanan dari Thailand.
Cuba anda kira berapa kali anda berborak dengan rumate anda. Haha. Saya boleh kira saya berborak dengan rumate saya berapa kali. Cam sial kan saya nie. Tapi takpelah saya tak buli dia. kira ok la tu ( sebab rumate saya anda tae kwan do).
Anda akan rindu biawak - biawak kat tasik. Merekalah yang menghiburkan petang anda dengan gaya - gaya yang comel - comel. Sebab tu anda suka lepak tasik.
Bagi yang sering makan di Adam Cafe, anda akan merinduinya kerana makanannya yang sangatttlah cam haram. Takpe. Next semester dia dah tak dibenarkan berniaga lagi kat tempat kita. Makanan cam bagi ayan itik makan. Nasi busuk. lauk - lauk lagilah. Saya hangin sungguh dengan Adam Cafe ni. Tapi budak - budak perempuan rajin tapau dari sini. Haishhh
Kebanyakkan kawan - kawan saya pasni tak dapat online Ym mereka. Sebabnya mereka takde internet. Tapi ketika mereka mereka ini mempunyai internet saya suka lihat apa status yang mereka letak. Macam2. Kelakar dan pelik pun ada. Saya dapat rasakan kesusahan mereka memerah ayat yang sesuai nak letak kat status Ym mereka. Dan dalam dua tiga minit pastu akan ada kawan2 yang lain bertanya pasal status mereka. Haha.
Cerita bersiri bagaikan dadah bagi kawan - kawan saya dan student u nie. Heroes, Lost, Prison Break. Cerita2 Korea pun banyak gak. Assigment sanggup tinggal sebab nak layan cerita bersiri nie.
Saya rajin juga lepak di cafe bakti. Satu tabiat yang saya lihat di situ ialah makcik - makcik cleaner yang akan duduk tepat di depan tv kat cafe sebb nak tgk cerita indonesia, pastu cerite amerika latin. Makcik - makcik yang pakai baju hijau ni akan melayan cite tu sambil makan soto takpun segelas teh panas. Percayalah. Cuba anda ingat balik.
Saya rajin g BJ sebab nak beli games atau software. Mesti ramai klon Lan Pet Pet kat situ. Tak caya gak? Gi la tengok.
Kamu mesti akan rindu pasar malam hari sabtu. Ada satu gerai yang akan penuh kat situ. Gerai tu jual nasi kerabu. Student U ni ramai beli kat situ. Sangat ramai. Beli nasi kerabu tuuuu. Haha.
Dan Kawan - kawan banyak lagi benda yang akan kamu rindu kat U nie. Sedih lak saya. Tak kuasa mak. Kita jumpa lagi kawan - kawan. Terima kasih sebab andalah saya berubah.
Thursday, October 15, 2009
Persepsi Mata dan Hati Kosong Dalam Kalut
Lenka - We Will Not Grow Old
- Rock kah anda jika anda memakai pakaian hitam, dengar lagu metal dan berambut panjang.
- Seni kah anda jika anda berambut dreadlock, jeans koyak atau pandai mendeklamasi puisi.
- Ustaz kah anda jika anda selalu pergi ceramah agama, selalu pakai ketayap atau pergi ke masjid?Pastu aku nampak kau usung perempuan naik motor.
- Indie kah anda jika anda pergi gigs tapi tak tau band pe yg perform?what the f
- Mat kereta kah anda jika anda baru beli kereta pastu nak tunjuk sport rim baru depan aku?
- Designerkah anda jika anda pandai photoshop?
- Photographer kah anda jika anda ada kamera tapi tak pandai guna. Anda beli sebab ianya kool.
- Rempit kah anda kalau pakai helmet apollo tu?
- Cikgu kah anda jika anda sebenarnya tak nak jadik cikgu. Hati anda pada keje yg lebih padan ngan jiwa anda walhal sekarang susah nak cari keje.
Tuesday, October 13, 2009
Penyeksaan Hari Demi Hari. Demm
Thursday, October 8, 2009
Mata Hati
Tapi ramai je yang judge by appearance. Ramai je yang judge outside rather than inside. Haish. Mentaliti-Kaki.
Salahke kalau seseorang itu lain dari yang lain. Menjadi persoalan bila kenapa seseorang itu tidak sama dengan jiwa mereka yang lain.
Salahke kalau saya pakai tiset bundle?Salahke kalau saya pakai seluar jeans koyak. Salah ke...
Saya selalu berada di situasi begini. Kawan yang kononnya kawan la berkata kepada saya :
Saya : A, jom join aku makan sekali
A : Boleh gak. Aku pun lapar gak
Saya : Jom. N pun join skali(N tu perempuan)
A : Er. Takpelah. Aku tak biase ngan perempuan camtu. Pakai ntah ape2. Tudung pun tak pakai.
Saya : Ok. Sukati kau la.
Saya memang tak pertikaikan yang ayat last dia tu betul. Saya tau. Saya sekolah agama dah dulu. But when it's comes to judging people macam tu anda patut kena pegi therapy. Dan berape banyak gadis-gadis bertudung yang saya tgk kat video 3gp. Bertudung tu tak jamin baik. Maaf. Bukannya saya galakkan anda tak bertudung cuma cara anda mengkritik orang tak kena tempat.
Haish.
Yuna bertudung, Fynn Jamal pun dah bertudung, Sue Anna Joe pun sama but diorang kool je. Bertudung dan kool kool kuku.
Mereka-mereka yang cuba kelihatan hebat
Pernah tak anda lihat situasi ini :
Situasi 1 :
Tiga orang perempuan yang baru masuk tingkatan 2/3 atau 4 berjalan tersipu-sipu melihat kiri kanan sambil memakai pakaian yang sukar nak diterima oleh masyarakat di Malaysia ini.
Situasi 2 :
Sekumpulan budak lelaki yang berjalan di shopping mall memakai pakaian yang hampir sama dan di tengah-tengah itu akan ada seorang budak kecik yang rasanye berumur 11 atau 12 tahun bersama mereka. Dan cukup hebat meminta rokok kat saya. sangat-sangat hebat
Situasi 3 :
Budak2 lelaki yang bershuffle di tepi shopping mall. takpun kat parking tepi mall tu. saya penah terserempak. pandai adik shuffle. keje sekolah dah siap?mak ayah tau adik ada kat sini?
Situasi 4 :
Adik2 perempuan yang cuba memberanikan diri berborak dengan sekumpulan mat-mat motor honda ex5,125 z atau paling tinggi pun 135. Kononnya nak cari pakwe yg ada motor. Last2 kena 'kenduri' ramai-ramai. Adik-adik perempuan zaman sekarang kan berani-berani semuanye. kagum i
Saya tak nak menuding jari kat sape2. yang terasa tu bolehlah tekan alt+f4 sekarang..tak minta pun pendapat anda.
Facebook-kah Anda
Dulu frenster, kemudian myspace dan sekarang Facebook.
Dan sekarang saya ketagih berfacebook dan mencuba sebanyak kuiz-kuiz yang merepek di facebook. Kemudian bagi gift la, ape ntah lagi yang pelik2 yang selagi boleh di cuba kat facebook tuh. Huh.
Mari kawan-kawan.
Kita amek quiz2 yang "menyeronokkan" tu.





