Thursday, October 22, 2009

Hari - hari last untuk kamu

Saya cuba kurangkan rasa sepi saya ini.

Hari - hari last untuk kamu. Hari - hari last kamu di universiti ini. Tiga tahun kamu di sini dan hari - hari last untuk kamu adalah minggu ini. Jap. Kesat hingus. Sedih cam sial.

Saya lambat post entri ini kerana sibuk sana sini. Saya hanya letak tajuk sahaja. Bila saya dah post entri ini kawan - kawan saya dah balik kampung masing - masing. Aduh. pasni takde sape nak baca blog haram nie. Saya akan rindu kamu dan kamu tapi bukan kau. Tapi kawan -kawan ku semua anda perlu ingat :

Subaidah. Khaleel. Istimewa. Kerana ini adalah kedai mamak yang anda mula2 masuk U. Dan dari itu anda mula lepak mamak sampai pagi. Anda rasa bulu - bulu mamak itu sangat kewl dan makanannya sangat sedap. Setelah tiga tahun di U, anda akan perasan pekerja kat subaidah rajin - rajin dan pekerja kat khaleel sangat lah malas dan kurang hajar. Tapi anda akan rindu saat - saat anda lepak di mamak bersama kawan2 atau girlfren anda. Kan?Kan?

Pacalele atau Padkapau. Bagi sesetengah kawan2 saya makanan ini adalah makanan kegemaran mereka. anda saya tidak tahu. Saya juga penggemar tegar makanan ini. Pacalele adalah makanan Indonesia ( tapi ada orang panggilnya nasi penyek kot ). Padkapau plak adalah makanan dari Thailand.

Cuba anda kira berapa kali anda berborak dengan rumate anda. Haha. Saya boleh kira saya berborak dengan rumate saya berapa kali. Cam sial kan saya nie. Tapi takpelah saya tak buli dia. kira ok la tu ( sebab rumate saya anda tae kwan do).

Anda akan rindu biawak - biawak kat tasik. Merekalah yang menghiburkan petang anda dengan gaya - gaya yang comel - comel. Sebab tu anda suka lepak tasik.

Bagi yang sering makan di Adam Cafe, anda akan merinduinya kerana makanannya yang sangatttlah cam haram. Takpe. Next semester dia dah tak dibenarkan berniaga lagi kat tempat kita. Makanan cam bagi ayan itik makan. Nasi busuk. lauk - lauk lagilah. Saya hangin sungguh dengan Adam Cafe ni. Tapi budak - budak perempuan rajin tapau dari sini. Haishhh

Kebanyakkan kawan - kawan saya pasni tak dapat online Ym mereka. Sebabnya mereka takde internet. Tapi ketika mereka mereka ini mempunyai internet saya suka lihat apa status yang mereka letak. Macam2. Kelakar dan pelik pun ada. Saya dapat rasakan kesusahan mereka memerah ayat yang sesuai nak letak kat status Ym mereka. Dan dalam dua tiga minit pastu akan ada kawan2 yang lain bertanya pasal status mereka. Haha.

Cerita bersiri bagaikan dadah bagi kawan - kawan saya dan student u nie. Heroes, Lost, Prison Break. Cerita2 Korea pun banyak gak. Assigment sanggup tinggal sebab nak layan cerita bersiri nie.

Saya rajin juga lepak di cafe bakti. Satu tabiat yang saya lihat di situ ialah makcik - makcik cleaner yang akan duduk tepat di depan tv kat cafe sebb nak tgk cerita indonesia, pastu cerite amerika latin. Makcik - makcik yang pakai baju hijau ni akan melayan cite tu sambil makan soto takpun segelas teh panas. Percayalah. Cuba anda ingat balik.

Saya rajin g BJ sebab nak beli games atau software. Mesti ramai klon Lan Pet Pet kat situ. Tak caya gak? Gi la tengok.

Kamu mesti akan rindu pasar malam hari sabtu. Ada satu gerai yang akan penuh kat situ. Gerai tu jual nasi kerabu. Student U ni ramai beli kat situ. Sangat ramai. Beli nasi kerabu tuuuu. Haha.



Dan Kawan - kawan banyak lagi benda yang akan kamu rindu kat U nie. Sedih lak saya. Tak kuasa mak. Kita jumpa lagi kawan - kawan. Terima kasih sebab andalah saya berubah.

2 comments:

PapaRoe said...

Hisk, hisk sebak sangat... tak tau apa nak taip dah... biar ku bawa hati ini.

Jaha @ FiGo said...

Aku pun sebak, Sebaknya ati aku sambil mengulung rokok daun

Post a Comment