Saya tidak tahu apakah tujuan saya membuat blog ini. Saya taklah seaktif mana pun. tak setegar mana pun. Apa yang saya bakal tulis ini tidak mempunyai maksud apa-apa pun. Jangan fikir bukan-bukan. Rehat dan sediakan secawan kopi sambil membaca apa yang saya bakal sampaikan kepada anda semua. Mungkin anda kini sedang bersorak apabila Bush letak jawatan atau mungkin anda menarik nafas lega melihat Terengganu masih berada di tangan Pas. Mana-mana pun saya masih ingin melihat Bush di langgar dengan keretapi. Saya terdiam seketika, saya tidak boleh berhenti menaip kerana saya mahu kelihatan hebat menaip tanpa henti dan menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran saya.Jangan cuba mengalihkan pandangan anda daripada blog ini.Teruskan membaca kerana pada hujungnya anda akan dapat tahu sebabnya.Saya takkan meletakkan perenggan kerana saya akan kelihatan seorang yang sangat intelektual dan canggih kerana mampu menaip tanpa henti. Anda bernasib baik saya menggunakan koma dan noktah. Saya tahu minda anda tidak dapat menerima maklumat yang sebanyak ini kerana ianya memerlukan ketelitian dan masa untuk menghabiskan membaca entri ini. Saya akan berasa kagum jika anda masih bertahan sampai ini tapi malangnya anda masih belum sampai separuh pun. Kesian. Ambil cermin mata tu dan sambung balik baca tetapi jangan pakai cermin mata seperti Paris Hilton. Cermin matanya boleh mengakibatkan mata anda buta apabila terkena pantulan cermin mata itu. Apa yang saya merepek nie. Apabila sebut pasal merepek, Star LG adalah rancangan realiti yang sangat merepek. Betulkan?Lain la kalau kalau One In A Million,banyak pelawak. Banyak yang suara cam...tak tau nak klasifikasikannya. Tapi masih ramai gak yang menonton. Ya. Saya pun tengok gak. Artis skang pon takleh cari makan. Kena gak masuk rancangan realiti nak cari duit. Tak salah pun. Saya tau anda berbakat. Saya rasa anda semakin malas untuk membaca tapi saya tak salahkan anda. Anda semua pasti jarang membeli cd/dvd artis-artis di malaysia, sebab tulah diorang takleh cari makan. Movie pun same. Sape rajin tengok filem-filem A. R. Mohidden. Saya tak pasti ejaan saya betul ke tidak. Maaf. Filem-filemnya membuatkan saya berfikir dua kali sebelum ingin tengok. Rugi duit dan masa. Haha. Sapa yang tak bersetuju dengan pendapat saya adalah vegetarian. Anda masih membaca. Wow. Anda patut dapat hadiah. Coklat maybe. Baiklah ini adalah antara barisan-barisan terakhir ayat-ayat saya yang merapu ini. Semoga anda terus memboikot barangan-barangan buatan israel. Tapi berkesankah? Persoalannya masih belum terjawab. Tapi saya masih lihat ada je rakyat-rakyat kitew iney membeliey KFC atau McDonalds. Owh malas nak menaip lagi tapi tangan ini tak mampu berhenti. Saya masih banyak lagi nak cakap, nak bersuara pasal kerajaan, pasal USM yang telah apekkan diri mereka, pasal lahanat-lahanat itu. Sape lahanat-lahanat itu? Hanya Raju yang mengenal Manikam. Amma.
Maaf ye semua. Saya sengaja melakukan semua ini. Marahlah saya.
Maaf ye semua. Saya sengaja melakukan semua ini. Marahlah saya.
5 comments:
Ape kah??
penin otakku nk digest byk mende lam entri ni..
Tuelah. Hasil penulisan yang ntah apa2 ntah. Hohoho
kaciiiiippp alussssssss........
movie mohidin??? ko fikir gak 2 kali... aku tak terfikir pun... kuang.. kuang...
Tue yang pk 2 kali tu. kali ke2 memang tak pii tgk. baik layan movie korean. hohoho
Post a Comment