Saturday, April 10, 2010

Anda Tanya Aku Jawab

Karim Daud

Saya ada kemusykilan sedikit. Kenapa Filem - filem Malaysia sekarang asyik buat cerita pasal Mat Rempit ngan Minah Rempit? Producer-producer dah takde idea ke nak buat filem?

Bagus soalan Encik Karim Daud. Saya suka soalan nie. Mencabar minda. Hari tu saya lepak dengan producer filem ni, dia cakap kat saya filem-filem rempit ni untuk rujukan adik2 yang masih di bangku sekolah yang kurang sumber rujukan untuk jadi mat rempit. Filem2 ni dapat bantu diorg menjadi mat rempit sejati. Pastu producer tu cakap dia dalam proses perundingan dengan National Geographic untuk buat dokumentari pasal Mat Rempit. InsyaAllah hujung tahun siap.



Gadis Manja Terencat

Sayer ader masalah. Sayer ader masalah dengan BF sayer. Dia suker sgt merajuk. Penat kitew nak pujuk die taw. Macamaner sayer nak pujuk dier nie?

Kepada Gadis Manja, problem macam ni memang selalu di alami oleh budak - budak sekolah yang baru nak up. Baru2 nak ada GF and BF. Senang je nak selesai masalah nie. Saya cuma boleh kate ADA AKU KISAH?!!!PEGI MATI!!!!.

Thursday, March 4, 2010

Motivasi Terbaikkkk

Motivasi diri – 3 langkah bagaimana untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita

Memberi maaf memang mudah tapi nak melupakan habis apa yang orang dah buat pada kita seolah-olah tiada apa-apa, itu agak mencabar.

Saya tak suka kata susah, saya memilih untuk kata ‘mencabar‘ sebab perkatan tu lebih positif. Menyebut perkataan ‘susah‘ membuat kita terdorong untuk berfikiran negatif kerana bunyi perkataan tu agak negatif.

Dah jadi lumrah agak mencabar melupakan perangai orang yang menyakitkan hati kita. Tapi, jika Anda nak berjaya, nak menjadi orang hebat dalam bidang Anda sekarang ni dan Anda betul-betul nak berubah, Anda kena melatih diri untuk melupakan kesalahan orang.

Cemana nak melupakan?

Langkah 1: Tutup cerita lama, buka cerita baru.

Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.

Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalo diingat selalu.

Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.

Langkah 2: Anggap setiap hari adalah hari yang baru dan tiada kaitan langsung dengan hari-hari buruk yang dah berlalu.

Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa kini. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira.

Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalo macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita.

Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita.

tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.

Langkah 3: Pendirian mesti mau kuat, fikiran kena matang.


Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, Anda kena kawal emosi.

Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.

Friday, February 26, 2010

Sajak Untuk AKu

Ku lari ke hutan
Kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai
Kemudian teriakku
Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Aku mahu bingar…aku mahu di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya
Biar ramai..biar mengaduh sampai gaduh
Aihh..ada malaikat menyulam jaring labah-labah
belang
Di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja locengnya
Biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai?

Monday, February 8, 2010

Hari Buat Anak

Tak lame lagi Valentine's Day.
dan ini lagi funny shit yang di report oleh The Star online.
pelajar pusat pengajian tinggi urged girls not to wear panties on Valentine's Day.
objektif untuk tidak pakai spender adalah : menunjukkan how much you love ur boyfriend.
ni mesti nak buat anak ni. haish.



Till then,

Tuesday, February 2, 2010

BuHsAn

ArGhhhhh, Saya tension dah buhsan, Tak tau nak buat apa. Masa terluang dihabiskan dengan tidur dan menyampah seranah kat seseorang. Luar nampak baik, tapi dalam tetap nampak baik kot, tapi yang lagi dalam, busuk, hampeh cam tapai. Wawawawawa

  • Hari selasa kena present physic teaching method, presentation itu bukan menjadi masalah bagi saya yang bercita-cita menjadi ahli politik wang, tapi saya punya bukan english britain tapi english keterengganuan. Jadi bahan jenaka lagilah saya ini,
  • Saya malas nak pikiaq apa2 lagi, baik tidu je, Ahlam Wassalam semua. ArGGhhh

Tuesday, January 19, 2010

Hari Pertama 2010

Dalam melayan citer Avatar, saya teringat yang blog ini sudah lama terbiar dimamah usang. Macam lubang dipenuhi sarang labah2. Rasa susah je saya nak menulis skang nie. Rasa liat semacam je. Cukuplah bermadah pujangga, bak orang putih cakap sound direct je...takyah nak buat ayat2 novel pulak. So saya ringkaskan beberapa peristiwa yang berlaku pada awal tahun ini. Check this out
  • Azam. Setiap tahun baru menjelma, mesti orang tanya tentang azam. Memang tipikal kawan2 saya ini. Macam2 azam yang kedengaran, nak insaflah, nak benti rokoklah, nak kayalah, nak cari mangsa barulah. Ikut hangpa lah, asalkan korang bahagia. Sedangkan azam yang tahun2 sudah pun lum kering dakwat kat diari. Pastue nak bina azam baru pula. Tak salah, at least tujuan hidup itu ada. Taklah terkontang-kanting cam mak pit sudah. Then bagi saya pula, biasa dalam biasa dan suci dalam debu. Rasanya azam tahun ini nak menyahut seruan azan je. Doakan saya ye, saya nak berubah...
  • WebCam Plzzz...Yang ini lagi power, Hanya dua perkataan tapi bisa dia kalah ular tedung. Saya tak nak komen apa2 pasal ini, lagipun saya baru je mahu aplikasikan dalam Ym saya. Baru nak berjinak2 ngan mangsa, tapi dia dah berenti kerja. Frustnya, tapi jangan bimbang, pakar webcam plzz ada. Nanti mau berguru sama dia. Gua respect sama lu bro, siap boleh buat lirik lagu. Cinta Bukit Bendera. Nantikan di pasaran.
  • Raja Lawak Musim Ke4. Bolehlah tahan, tapi saya menyampah kat J.D. Lawak cam bangang. Nasib baik hang kaya dan pandai cakap jepun. Bolehlah bertahan lama sikit. Bak kata Din Beramboi, buang masa je tengok lawak hang. Aku harap ko dapat bertahan sampai minggu ni saja. Anda bayangkanlah sendiri camna tahap lawak J.D tue.
  • Terakhir, umur saya makin tua, tapi tak jumpa lagi ngan Nurkasih saya. Takkan nak membujang sampai tua. Waduh, kecewa dong....Tolong kawan2