Hari demi hari keje makin bertimbun. Penyeksaan batin saya makin bertambah. Educator perlu masa untuk berehat terutama sekali hari ahad. Ye.saya nak rehat. tgk wayang mungkin. Tapi muka lecturer2 saya masih terbayang..masing2 nak final project sebelum Deepavali.
Penyeksaan 1. Ini penyeksaan paling utama dalam senarai. Projek tahun akhir. Keje bertimbun. naik pejabat sane. turun pejabat sini.birokrasi cam haram. Aku paling benci kalau staff-staff kerajaan yang buat muka ketat. Untuk pengetahuan semua, Muka ketat adalah muka yang tiada sedikit pun nak tersenyum seperti muka bulldog. Mintak tempat nak buat exhibition pun susah. kata nak bagi siswa siswi maju.
Penyeksaan 2. Menyediakan proposal tugasan untuk paper Pest. Tikus pun diorang nak kaji.. Dr apa ntah (sorry, aku tak ingat nama) minta saya buat sebelum Deepavali. Dia nak minggu nie.. Nak letup2 katanya. Meh saya letupkan.
Penyeksaan 3. Duit. Saya seperti mesin atm untuk kawan-kawan. Tapi malangnya saya adalah mesin atm yang tiada duit besar dan kecil. Maaf saya tak mampu menanggung anda lagi. Saya masih belajar lagi. Extend plak tu. Semua salah sendiri tapi saya nak salah kat universiti saya ni banyak skit. Ye. Universiti ni salah banyak, saya salah sikit je. Kawan-kawan saya semuanya sudah bekerja, saya sorang je yang masih rajin belajar. Maka dengan itu saya tak berduit.
Penyeksaan 4. Saya rasa bersalah dengan penyelia final projek saya. Saya tak pergi presentation malam itu. Kenapa?Satu design pun tak buat. Maaf Puan Dr Aminudin. Saya akan jumpe puan nanti ye. Buat masa ini saya takkan berada berhampiran ofis puan. Terima Kasih.
Penyeksaan 5. Saya masih mengumpul dana bagi membiayai perbelanjaan membeli Kiss. Masih risau jika ada yang membelinya. Tunggu ya Stanley, Criss, Simmons dan Frehley.
Mungkin penyeksaan 5 tidak perlu di senaraikan. Hanya empat yang terseksa. Aku nak rehat.
6 comments:
mentaliti-jaha
apsal ko x anggap 5 tuh TUGASAN / CABARAN..??? mengapa PENYEKSAAN?? ker kassor... he.. 2 sen..
Itu bukan penyesaan, itu adalah kehidupan. Fikirkan kalau semuanya lancar, tentu tak ada klimaxx .Perjalanan hiduppun biasa-biasa saja. Tak dak apa yang nak digebangkan kpd anak cucu di kemudian hari nanti.
Akan ku jadikan pesanan yang berharga. hohoho
Untuk pengetahuan semua, Muka ketat adalah muka yang tiada sedikit pun nak tersenyum seperti muka bulldog - muka cam anjing..???? Hmmmmmmmm....
Aku ingat...naik keta myvi hitam kalau tak salah. Dia cuma senyum kat nizam sorang je, Ada apa2 ke
Post a Comment