Tuesday, October 6, 2009

Rindu

Raya tahun ini tidak semeriah yang digambarkan. Selepas menunaikan solat sunat raya, aku terus menjamah hidangan yang tersedia iaitu nasi minyak dah sedikit kuih-muih yang ada di atas meja ruang tamu rumah aku. Niatnya untuk dijamukan untuk sesiapa sahaja yang datang beraya dirumah aku, tetapi malangnya dihabiskan olehku. Selepas itu, aku menziarahi kubur nenek dan dan datukku. Itu dah menjadi kebiasaan dan adat bagiku setiap datangnya awal bulan shawal. Kemudian, perasaan bosan dan boring pun menjelma. Apa lagi, aku hanya tidur dan menikmati tayangan percuma oleh pihak MediaPrima dan TV3 dan tayangan berbayar oleh pihak Astro. Itu sahaja yang termampu aku buat pada hari yang berbahagia. Betapa kesunyiaan hidupku. Mujurlah hari raya ke-3, sahabat lamaku datang beraya ke rumahku. Terima kasih diucapkan kepada saudara Jaki dan Apam yang sudi menemani hidupku walaupun seketika. Pelbagai hal dan kenangan lucu menjadi topik perbualan pada hari itu. Terutama kenangan semasa di MRSM Kuala Berang. Begitu cepat masa telah berlalu dan betapa rindu aku pada saat itu. Peace No War.






4 comments:

PapaRoe said...

Masa berbalas-balas SMS awat tak dak dalam karangan. Tak aci le tak cerita abhi-abih

Jaha @ FiGo said...

Seni itu datang tepat pada waktunya.

Agoogoo said...

tu wenn ka di kelilingi kaum adam tu? huhu..

Jaha @ FiGo said...

Wenn tu sapa. Aku pun dah tak ingat tentang gambar ni

Post a Comment