Hari ini, aku terkejut tidu awal yakni pukul 8.30 pq. Walhal aku baru je dapat tidu pada pukul 8.00 pg. Rupanya aku baru tidu 30 minit. Aduh, begitu pening kepala aku. Banyak perkara dan masalah bergelumang di kepala otak aku. Terlalu banyak yang patut dan mesti difikirkan. Tentang hidup aku, tentang hala tuju aku, tentang masa depanku. Malam tadi aku telah berjumpa dengan kawan baikku semasa di MRSM Pasir Tumbuh.Saudara Anas Abd Razak. Setelah 15 tahun kami terpisah, akhirnya takdir telah menemukan kami. Begitu banyak perkongsiaan pendapat telah diutarakan. Apa yang dapat aku simpulkan, beliau telah berjaya dan dapat memenuhi cita-cita beliau disamping sokongan padu oleh isteri beliau. Tetapi apa yang telah aku perolehi dalam hidupku. Hanya sekadar motorsikal Kriss Modenas yang bernombor pendaftaran TV 8923, dan sebuah rumah sewa peninggalan arwah ayahku. Itupun bakal aku jual kalau aku terdesak dalam hidupku. Hehehe, Sudah 28 tahun aku bergelumang dengan hidup dengan mencari asal usul kejadian manusia. Tapi aku masih lagi bertatih dalam meniti onak duri dan simpang yang tiada jalan penghujungnya. Tapi, kata orang bijak pandai, hidup mesti diteruskan. Kejayaan akan tiba juga pada suatu hari nanti, InsyaAllah. Andai kata aku berjaya, hanya satu sokongan yang aku minta dari sahabat semua. Doakan agar cita-cita aku berjaya yakni menjadi rakyat Malaysia pertama yang menjejaki Old Trafford sebagai Pemain Manchester United. Adios...
GLORY GLORY MAN U
GLORY GLORY MAN U
10 comments:
Memang le tu MU akan datang memang nakkan pemain-pemain berusia. Ada juga MU jemput saya main tapi sbb masih setia di Malaysia maka saya mengecewakan mereka.
Hahahaha, biar betul. Kesetiaan anda menjadi kebanggaan negara. Majulah bolasepak kita.
yup... hidup mcmmana skalipun kena terus (selagi hidup)... kejayaan tuh 'subjektif' en. jaga opss.. en. jaha... jgn membndingkan berjayanya org dngn berjayakah aku...tdk semestinya org kaya itu berjaya n sebaliknya (dlm hidup)... yg pnting usaha kita... berjaya atau tidak urusan Yang Maha Esa. mana kita leh tengok masa depan... mana kita tau apa jadi esok... jadi kawin ngan wani ka dak ka... he... he.. 2 sen...
Terharu aku mendapat sokongan daripada sahabat2 sekalian. Dalam banyak2, aku just tertarik pasal wani je. Hang kena pastikan aku jadi kawen ngan wanie. Tiada apa2 alasan. HoHoHoHo
Tidak.... tidak semudah itu wani menjadi milikmu. Tempuhi dulu badai dunia, onak duri kehidupan dan detik-detik usia.
Apa sahaja untuk wani
sape kah wani? huhu..
Insan yang bakal menemani hidupku. Ntah betul ke tidak. Tunggu jerlah. hohohoho
Pelik kan....bila ku tanya?dia kata si dia muda lagi..kebudak-budakkan...ku tanya lagi?dia kata malaslaaa aku...apa2 pun ku bangga jika kwn dapat menjadi pemain MU...tetapi usia membayangi....hehe...Arsenal Forever..!!
Hahahaha. sapa tue. Kuat politik kononnya tue, Aku tak tau. KAn KAn kan
Post a Comment