Thursday, October 29, 2009

MiNggU TeRaKhir

Banyak perkara terjadi antara minggu ini. Inikah asam garam yang disebut oleh orang2 tua kepada kita sewaktu lepas mengaji Muqadam. Kalau betul, boleh tahan jugak rasa asam garam ini. Saya cuba hilangkan rasa bosan ini dengan menulis untuk menghilangkan rasa bosan anda semua.

  • Saya penyokong Man Utd yang tegar. Kekalahan dikaki musuh ketat, Liverpool amat menguntung rasa payau dalam hati ini. Kepada penyokong lawan saya. Kalau berani marilah satu lawan satu. Ko pakai keris dan aku pakai pistol. Kita tgk sapa yang kena. Saya putarr Halim.
  • Saya bahagia bersama karenah kawan2 yang berlainan angkatan. Antaranya Ad seorang bekas ahli komando bersama ayam sabungnya suka melepak dan melihat tayangan amal untuk didermakan kepada Yayasan Kanser Malaysia. Saya kagum dengan anda. Manakala Mud, seorang pemuda yang berwawasan tinggi tapi hidup bersama alasan yang langsung menggatalkan hati saya. Alasan anda belum dapat membuat hati saya teruja. Maafkan diri anda sendiri. Begitu juga dengan Pak Mid, cerita anda membuatkan saya cukup kagum. Anda layak memberikan cerita anda kepada Razak Mohaiden untuk dijadikan filem. Tidak lupa juga kepada Azrai Khor. Walaupun tahun ini, jodoh anda tidak lama bersama Kedah, tapi keinsafan anda membuatkan anda tidak lagi pakar dalam Gelimart. Tapi anda pakar dalam permainan poker. Walaupun chip ada 400. All in je memanjang. Untuk saudara Apai, anda belum dapat tewaskan pasangan Cengko dan saya. Belum terlambat untuk anda mengasah bakat anda. Kita jumpa di KL. Manakala Pak Din tetap dengan taglinenya, Charr, Roti jala satu. Itu tak baik punya. Untuk saudara Zul, satu persoalan, bilakah kita nak karok lagu rappers lagi. Yo Yo Yo. ( Nama2 diatas adalah nama samaran dan dan cerita ini adalah rekaan semata-mata. Betul ke rekaan??). Anda semua membuatkan minggu terakhir saya baru bermula.
  • Final exam membuatkan saya menjadi kacau-bilau ibarat garuda melanggar mahamerungwangsa. Jiwa saya kosong. Apatah lagi otak saya. Tolonglah saya. Saya tak bersalah.....
Aduh mata ini ibarat ada gam cap gajah. Kita bersambung dalam episod kedua nanti. Nantikan tanyangan di tempat anda.

Saturday, October 24, 2009

Kalau

Hahaha, bila saya terbaca journal ini, saya ketawa keseorangan. Saya bukanlah insan yang terlalu jiwang untuk melayan lagu2 Scoin, Spoon, New Boys dan sebagainya sambil menatap gambar insan yang disayangi. Awas, jangan sayangi orang lain lebih dari anda sayangi diri anda sendiri. Kalau pompuan tanya soalan camni, ini yang akan saya jawab. Selamat mendengar dan beramal... Chow ....Lu pikirlah dengan otak lu semua!!!!


1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
Saya jawab: Kalau u lawa sangat, jangan bandingkan dengan budak tu. Bandingkan dengan Ayu Raudhah( NURKASIH)


2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!
Saya jawab: Tengok muka i ingat kat makan. Cubalah diet sket. Pinggang u dah besar dari i.


3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.
Saya jawab: Sini tak lawa, jom kita pi kat bundle, 3 helai RM10. Ambillah banyak mana yang u nak.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
Saya jawab: Kepala u je nak picit, kepala i pulak cene....

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
Saya jawab: Saya pun letih. Apakata u pegi tapau kat kedai mamak. I nak nasi lemak RM4.30, kepak ayam dengan teh tarik. Cepat sikit....

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
Saya jawab: Ingat i nak kat you ke..i just nak ringan-ringan je. (Ringan-ringan tu apa???)

7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.
Saya jawab: I suka berkawan dengan kawan you. Tak paham-paham ke?

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
Saya jawab.: Gila ke ajak aku gaduh. Baik aku gaduh ngan Malek Nor. Takpun you pi gaduh ngan Nor Malek, Haish. Tarik rambut diaaaaa...

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
Saya jawab: I yang berkorban-korbanan kat you. Nak duit cari i. Nak perabis duit cari orang lain. Haish, baik i dlu blah...

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat..
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.
Saya jawab: You matilah cepat2 sikit. Senang sikit i nak langkah you. Huahuahua


Thursday, October 22, 2009

Hari - hari last untuk kamu

Saya cuba kurangkan rasa sepi saya ini.

Hari - hari last untuk kamu. Hari - hari last kamu di universiti ini. Tiga tahun kamu di sini dan hari - hari last untuk kamu adalah minggu ini. Jap. Kesat hingus. Sedih cam sial.

Saya lambat post entri ini kerana sibuk sana sini. Saya hanya letak tajuk sahaja. Bila saya dah post entri ini kawan - kawan saya dah balik kampung masing - masing. Aduh. pasni takde sape nak baca blog haram nie. Saya akan rindu kamu dan kamu tapi bukan kau. Tapi kawan -kawan ku semua anda perlu ingat :

Subaidah. Khaleel. Istimewa. Kerana ini adalah kedai mamak yang anda mula2 masuk U. Dan dari itu anda mula lepak mamak sampai pagi. Anda rasa bulu - bulu mamak itu sangat kewl dan makanannya sangat sedap. Setelah tiga tahun di U, anda akan perasan pekerja kat subaidah rajin - rajin dan pekerja kat khaleel sangat lah malas dan kurang hajar. Tapi anda akan rindu saat - saat anda lepak di mamak bersama kawan2 atau girlfren anda. Kan?Kan?

Pacalele atau Padkapau. Bagi sesetengah kawan2 saya makanan ini adalah makanan kegemaran mereka. anda saya tidak tahu. Saya juga penggemar tegar makanan ini. Pacalele adalah makanan Indonesia ( tapi ada orang panggilnya nasi penyek kot ). Padkapau plak adalah makanan dari Thailand.

Cuba anda kira berapa kali anda berborak dengan rumate anda. Haha. Saya boleh kira saya berborak dengan rumate saya berapa kali. Cam sial kan saya nie. Tapi takpelah saya tak buli dia. kira ok la tu ( sebab rumate saya anda tae kwan do).

Anda akan rindu biawak - biawak kat tasik. Merekalah yang menghiburkan petang anda dengan gaya - gaya yang comel - comel. Sebab tu anda suka lepak tasik.

Bagi yang sering makan di Adam Cafe, anda akan merinduinya kerana makanannya yang sangatttlah cam haram. Takpe. Next semester dia dah tak dibenarkan berniaga lagi kat tempat kita. Makanan cam bagi ayan itik makan. Nasi busuk. lauk - lauk lagilah. Saya hangin sungguh dengan Adam Cafe ni. Tapi budak - budak perempuan rajin tapau dari sini. Haishhh

Kebanyakkan kawan - kawan saya pasni tak dapat online Ym mereka. Sebabnya mereka takde internet. Tapi ketika mereka mereka ini mempunyai internet saya suka lihat apa status yang mereka letak. Macam2. Kelakar dan pelik pun ada. Saya dapat rasakan kesusahan mereka memerah ayat yang sesuai nak letak kat status Ym mereka. Dan dalam dua tiga minit pastu akan ada kawan2 yang lain bertanya pasal status mereka. Haha.

Cerita bersiri bagaikan dadah bagi kawan - kawan saya dan student u nie. Heroes, Lost, Prison Break. Cerita2 Korea pun banyak gak. Assigment sanggup tinggal sebab nak layan cerita bersiri nie.

Saya rajin juga lepak di cafe bakti. Satu tabiat yang saya lihat di situ ialah makcik - makcik cleaner yang akan duduk tepat di depan tv kat cafe sebb nak tgk cerita indonesia, pastu cerite amerika latin. Makcik - makcik yang pakai baju hijau ni akan melayan cite tu sambil makan soto takpun segelas teh panas. Percayalah. Cuba anda ingat balik.

Saya rajin g BJ sebab nak beli games atau software. Mesti ramai klon Lan Pet Pet kat situ. Tak caya gak? Gi la tengok.

Kamu mesti akan rindu pasar malam hari sabtu. Ada satu gerai yang akan penuh kat situ. Gerai tu jual nasi kerabu. Student U ni ramai beli kat situ. Sangat ramai. Beli nasi kerabu tuuuu. Haha.



Dan Kawan - kawan banyak lagi benda yang akan kamu rindu kat U nie. Sedih lak saya. Tak kuasa mak. Kita jumpa lagi kawan - kawan. Terima kasih sebab andalah saya berubah.

Thursday, October 15, 2009

Persepsi Mata dan Hati Kosong Dalam Kalut

Currently mendengar -
Lenka - We Will Not Grow Old

  • Rock kah anda jika anda memakai pakaian hitam, dengar lagu metal dan berambut panjang.
  • Seni kah anda jika anda berambut dreadlock, jeans koyak atau pandai mendeklamasi puisi.
  • Ustaz kah anda jika anda selalu pergi ceramah agama, selalu pakai ketayap atau pergi ke masjid?Pastu aku nampak kau usung perempuan naik motor.
  • Indie kah anda jika anda pergi gigs tapi tak tau band pe yg perform?what the f
  • Mat kereta kah anda jika anda baru beli kereta pastu nak tunjuk sport rim baru depan aku?
  • Designerkah anda jika anda pandai photoshop?
  • Photographer kah anda jika anda ada kamera tapi tak pandai guna. Anda beli sebab ianya kool.
  • Rempit kah anda kalau pakai helmet apollo tu?
  • Cikgu kah anda jika anda sebenarnya tak nak jadik cikgu. Hati anda pada keje yg lebih padan ngan jiwa anda walhal sekarang susah nak cari keje.
Jiwa saya tiada di sini. Jiwa saya ntah ke mana. Balik lah jiwa. Saya kosong

Tuesday, October 13, 2009

Penyeksaan Hari Demi Hari. Demm

Hari demi hari keje makin bertimbun. Penyeksaan batin saya makin bertambah. Educator perlu masa untuk berehat terutama sekali hari ahad. Ye.saya nak rehat. tgk wayang mungkin. Tapi muka lecturer2 saya masih terbayang..masing2 nak final project sebelum Deepavali.

Penyeksaan 1. Ini penyeksaan paling utama dalam senarai. Projek tahun akhir. Keje bertimbun. naik pejabat sane. turun pejabat sini.birokrasi cam haram. Aku paling benci kalau staff-staff kerajaan yang buat muka ketat. Untuk pengetahuan semua, Muka ketat adalah muka yang tiada sedikit pun nak tersenyum seperti muka bulldog. Mintak tempat nak buat exhibition pun susah. kata nak bagi siswa siswi maju.

Penyeksaan 2. Menyediakan proposal tugasan untuk paper Pest. Tikus pun diorang nak kaji.. Dr apa ntah (sorry, aku tak ingat nama) minta saya buat sebelum Deepavali. Dia nak minggu nie.. Nak letup2 katanya. Meh saya letupkan.

Penyeksaan 3. Duit. Saya seperti mesin atm untuk kawan-kawan. Tapi malangnya saya adalah mesin atm yang tiada duit besar dan kecil. Maaf saya tak mampu menanggung anda lagi. Saya masih belajar lagi. Extend plak tu. Semua salah sendiri tapi saya nak salah kat universiti saya ni banyak skit. Ye. Universiti ni salah banyak, saya salah sikit je. Kawan-kawan saya semuanya sudah bekerja, saya sorang je yang masih rajin belajar. Maka dengan itu saya tak berduit.

Penyeksaan 4. Saya rasa bersalah dengan penyelia final projek saya. Saya tak pergi presentation malam itu. Kenapa?Satu design pun tak buat. Maaf Puan Dr Aminudin. Saya akan jumpe puan nanti ye. Buat masa ini saya takkan berada berhampiran ofis puan. Terima Kasih.

Penyeksaan 5. Saya masih mengumpul dana bagi membiayai perbelanjaan membeli Kiss. Masih risau jika ada yang membelinya. Tunggu ya Stanley, Criss, Simmons dan Frehley.



Mungkin penyeksaan 5 tidak perlu di senaraikan. Hanya empat yang terseksa. Aku nak rehat.

Thursday, October 8, 2009

Mata Hati

Don't judge a book by it's cover.

Tapi ramai je yang judge by appearance. Ramai je yang judge outside rather than inside. Haish. Mentaliti-Kaki.

Salahke kalau seseorang itu lain dari yang lain. Menjadi persoalan bila kenapa seseorang itu tidak sama dengan jiwa mereka yang lain.

Salahke kalau saya pakai tiset bundle?Salahke kalau saya pakai seluar jeans koyak. Salah ke...

Saya selalu berada di situasi begini. Kawan yang kononnya kawan la berkata kepada saya :

Saya : A, jom join aku makan sekali

A : Boleh gak. Aku pun lapar gak

Saya : Jom. N pun join skali(N tu perempuan)

A : Er. Takpelah. Aku tak biase ngan perempuan camtu. Pakai ntah ape2. Tudung pun tak pakai.

Saya : Ok. Sukati kau la.

Saya memang tak pertikaikan yang ayat last dia tu betul. Saya tau. Saya sekolah agama dah dulu. But when it's comes to judging people macam tu anda patut kena pegi therapy. Dan berape banyak gadis-gadis bertudung yang saya tgk kat video 3gp. Bertudung tu tak jamin baik. Maaf. Bukannya saya galakkan anda tak bertudung cuma cara anda mengkritik orang tak kena tempat.

Haish.


Yuna bertudung, Fynn Jamal pun dah bertudung, Sue Anna Joe pun sama but diorang kool je. Bertudung dan kool kool kuku.

Mereka-mereka yang cuba kelihatan hebat

Pernah tak anda lihat situasi ini :

Situasi 1 :
Tiga orang perempuan yang baru masuk tingkatan 2/3 atau 4 berjalan tersipu-sipu melihat kiri kanan sambil memakai pakaian yang sukar nak diterima oleh masyarakat di Malaysia ini.

Situasi 2 :
Sekumpulan budak lelaki yang berjalan di shopping mall memakai pakaian yang hampir sama dan di tengah-tengah itu akan ada seorang budak kecik yang rasanye berumur 11 atau 12 tahun bersama mereka. Dan cukup hebat meminta rokok kat saya. sangat-sangat hebat

Situasi 3 :
Budak2 lelaki yang bershuffle di tepi shopping mall. takpun kat parking tepi mall tu. saya penah terserempak. pandai adik shuffle. keje sekolah dah siap?mak ayah tau adik ada kat sini?

Situasi 4 :
Adik2 perempuan yang cuba memberanikan diri berborak dengan sekumpulan mat-mat motor honda ex5,125 z atau paling tinggi pun 135. Kononnya nak cari pakwe yg ada motor. Last2 kena 'kenduri' ramai-ramai. Adik-adik perempuan zaman sekarang kan berani-berani semuanye. kagum i

Saya tak nak menuding jari kat sape2. yang terasa tu bolehlah tekan alt+f4 sekarang..tak minta pun pendapat anda.

Facebook-kah Anda

Haha. Ianya bagai suatu pertanyaan yang wajib bagi semua orang. Ada facebook tak?Sangat cliche.
Dulu frenster, kemudian myspace dan sekarang Facebook.

Dan sekarang saya ketagih berfacebook dan mencuba sebanyak kuiz-kuiz yang merepek di facebook. Kemudian bagi gift la, ape ntah lagi yang pelik2 yang selagi boleh di cuba kat facebook tuh. Huh.

Mari kawan-kawan.

Kita amek quiz2 yang "menyeronokkan" tu.




Wednesday, October 7, 2009

Gangguan Teksual?

Saya tidak tahu apakah tujuan saya membuat blog ini. Saya taklah seaktif mana pun. tak setegar mana pun. Apa yang saya bakal tulis ini tidak mempunyai maksud apa-apa pun. Jangan fikir bukan-bukan. Rehat dan sediakan secawan kopi sambil membaca apa yang saya bakal sampaikan kepada anda semua. Mungkin anda kini sedang bersorak apabila Bush letak jawatan atau mungkin anda menarik nafas lega melihat Terengganu masih berada di tangan Pas. Mana-mana pun saya masih ingin melihat Bush di langgar dengan keretapi. Saya terdiam seketika, saya tidak boleh berhenti menaip kerana saya mahu kelihatan hebat menaip tanpa henti dan menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran saya.Jangan cuba mengalihkan pandangan anda daripada blog ini.Teruskan membaca kerana pada hujungnya anda akan dapat tahu sebabnya.Saya takkan meletakkan perenggan kerana saya akan kelihatan seorang yang sangat intelektual dan canggih kerana mampu menaip tanpa henti. Anda bernasib baik saya menggunakan koma dan noktah. Saya tahu minda anda tidak dapat menerima maklumat yang sebanyak ini kerana ianya memerlukan ketelitian dan masa untuk menghabiskan membaca entri ini. Saya akan berasa kagum jika anda masih bertahan sampai ini tapi malangnya anda masih belum sampai separuh pun. Kesian. Ambil cermin mata tu dan sambung balik baca tetapi jangan pakai cermin mata seperti Paris Hilton. Cermin matanya boleh mengakibatkan mata anda buta apabila terkena pantulan cermin mata itu. Apa yang saya merepek nie. Apabila sebut pasal merepek, Star LG adalah rancangan realiti yang sangat merepek. Betulkan?Lain la kalau kalau One In A Million,banyak pelawak. Banyak yang suara cam...tak tau nak klasifikasikannya. Tapi masih ramai gak yang menonton. Ya. Saya pun tengok gak. Artis skang pon takleh cari makan. Kena gak masuk rancangan realiti nak cari duit. Tak salah pun. Saya tau anda berbakat. Saya rasa anda semakin malas untuk membaca tapi saya tak salahkan anda. Anda semua pasti jarang membeli cd/dvd artis-artis di malaysia, sebab tulah diorang takleh cari makan. Movie pun same. Sape rajin tengok filem-filem A. R. Mohidden. Saya tak pasti ejaan saya betul ke tidak. Maaf. Filem-filemnya membuatkan saya berfikir dua kali sebelum ingin tengok. Rugi duit dan masa. Haha. Sapa yang tak bersetuju dengan pendapat saya adalah vegetarian. Anda masih membaca. Wow. Anda patut dapat hadiah. Coklat maybe. Baiklah ini adalah antara barisan-barisan terakhir ayat-ayat saya yang merapu ini. Semoga anda terus memboikot barangan-barangan buatan israel. Tapi berkesankah? Persoalannya masih belum terjawab. Tapi saya masih lihat ada je rakyat-rakyat kitew iney membeliey KFC atau McDonalds. Owh malas nak menaip lagi tapi tangan ini tak mampu berhenti. Saya masih banyak lagi nak cakap, nak bersuara pasal kerajaan, pasal USM yang telah apekkan diri mereka, pasal lahanat-lahanat itu. Sape lahanat-lahanat itu? Hanya Raju yang mengenal Manikam. Amma.

Maaf ye semua. Saya sengaja melakukan semua ini. Marahlah saya.

Culture Tergezut

Tahun Pertama

L : Saya seorang yang biasa saja pada tahun pertama di universiti ini. Saya hanya pakai seluar slack berseterika kemas dan berbaju kolar. Saya tak biasa bersosial. Boleh di katakan saya ni skema la. Saya selalu ternampak kawan saya bawak perempuan naik motor. Kan tak elok bawak perempuan naik motor.

P : Saya seorang bertudung. Saya tak suka mereka yang bercouple. Apalah diorang. Kan Islam tak bagi kita pegang2 tangan ngan lelaki. Kat universiti ni saya pakai baju lengan panjang dan bertudung labuh.


Tahun Kedua

L : Saya dah pandai pakai baju tiset. Dah jarang pakai baju masuk dalam. Saya ada beli jeans tapi cam tak biasa lak bila dah pakai. Saya dah pandai bergaul ngan orang terutama perempuan. Ada jugak kawan perempuan mintak hantar balik kolej. Saya pinjam motor kawan hantarkan. Saya skang dah layan Redtube.

P : Saya ada seorang kawan lelaki ni. Dia baik kat saya. Dia cakap saya cantik kalau tak bertudung sebab tu skang saya kalau kluar ngan dia saya tak bertudung. Tapi saya tak bagi dia pegang tangan sangat. Kadang2 je.

Tahun ketiga

L : Saya sukalah pakai jeans. Nampak smart. Saya dah selalu dengar muzik2 omputeh. Cam best je. kawan2 semua layan je. Skang saya dah ada gurlfren. Kami selalu tgk wayang. Saya masih layan Redtube.

P : Saya dah tak pakai tudung. Kami selalu pegang tangan. Saya kenalah selalu bermake up. Pakai make up yang murah je. Tak mampu beli yang mahal. Baju pun ada yang ketat2 gak.



Itulah ayat kawan2 saya. Mereka sangat kewl. Siries dowh

Tuesday, October 6, 2009

Rindu

Raya tahun ini tidak semeriah yang digambarkan. Selepas menunaikan solat sunat raya, aku terus menjamah hidangan yang tersedia iaitu nasi minyak dah sedikit kuih-muih yang ada di atas meja ruang tamu rumah aku. Niatnya untuk dijamukan untuk sesiapa sahaja yang datang beraya dirumah aku, tetapi malangnya dihabiskan olehku. Selepas itu, aku menziarahi kubur nenek dan dan datukku. Itu dah menjadi kebiasaan dan adat bagiku setiap datangnya awal bulan shawal. Kemudian, perasaan bosan dan boring pun menjelma. Apa lagi, aku hanya tidur dan menikmati tayangan percuma oleh pihak MediaPrima dan TV3 dan tayangan berbayar oleh pihak Astro. Itu sahaja yang termampu aku buat pada hari yang berbahagia. Betapa kesunyiaan hidupku. Mujurlah hari raya ke-3, sahabat lamaku datang beraya ke rumahku. Terima kasih diucapkan kepada saudara Jaki dan Apam yang sudi menemani hidupku walaupun seketika. Pelbagai hal dan kenangan lucu menjadi topik perbualan pada hari itu. Terutama kenangan semasa di MRSM Kuala Berang. Begitu cepat masa telah berlalu dan betapa rindu aku pada saat itu. Peace No War.






Hala Tujuku

Hari ini, aku terkejut tidu awal yakni pukul 8.30 pq. Walhal aku baru je dapat tidu pada pukul 8.00 pg. Rupanya aku baru tidu 30 minit. Aduh, begitu pening kepala aku. Banyak perkara dan masalah bergelumang di kepala otak aku. Terlalu banyak yang patut dan mesti difikirkan. Tentang hidup aku, tentang hala tuju aku, tentang masa depanku. Malam tadi aku telah berjumpa dengan kawan baikku semasa di MRSM Pasir Tumbuh.Saudara Anas Abd Razak. Setelah 15 tahun kami terpisah, akhirnya takdir telah menemukan kami. Begitu banyak perkongsiaan pendapat telah diutarakan. Apa yang dapat aku simpulkan, beliau telah berjaya dan dapat memenuhi cita-cita beliau disamping sokongan padu oleh isteri beliau. Tetapi apa yang telah aku perolehi dalam hidupku. Hanya sekadar motorsikal Kriss Modenas yang bernombor pendaftaran TV 8923, dan sebuah rumah sewa peninggalan arwah ayahku. Itupun bakal aku jual kalau aku terdesak dalam hidupku. Hehehe, Sudah 28 tahun aku bergelumang dengan hidup dengan mencari asal usul kejadian manusia. Tapi aku masih lagi bertatih dalam meniti onak duri dan simpang yang tiada jalan penghujungnya. Tapi, kata orang bijak pandai, hidup mesti diteruskan. Kejayaan akan tiba juga pada suatu hari nanti, InsyaAllah. Andai kata aku berjaya, hanya satu sokongan yang aku minta dari sahabat semua. Doakan agar cita-cita aku berjaya yakni menjadi rakyat Malaysia pertama yang menjejaki Old Trafford sebagai Pemain Manchester United. Adios...

GLORY GLORY MAN U



Monday, October 5, 2009

PerMulaan Hidup

Allop everyone,

Oleh kerana terdorong dengan hasil penulisan kawan2 seangkatan terutama MR Hydeesan dan xteam, maka aku memulakan penulisan yang tak seberapa ini untuk memajukan gaya dan seni penulisan yang telah lama aku tinggalkan. Moga ini menjadi
nukilan ikhlas dari hati dan perasaan ini. Apa yang telah tersirat dan tersurat telah ditentukan olehNya. Amin