Tuesday, January 19, 2010

Hari Pertama 2010

Dalam melayan citer Avatar, saya teringat yang blog ini sudah lama terbiar dimamah usang. Macam lubang dipenuhi sarang labah2. Rasa susah je saya nak menulis skang nie. Rasa liat semacam je. Cukuplah bermadah pujangga, bak orang putih cakap sound direct je...takyah nak buat ayat2 novel pulak. So saya ringkaskan beberapa peristiwa yang berlaku pada awal tahun ini. Check this out
  • Azam. Setiap tahun baru menjelma, mesti orang tanya tentang azam. Memang tipikal kawan2 saya ini. Macam2 azam yang kedengaran, nak insaflah, nak benti rokoklah, nak kayalah, nak cari mangsa barulah. Ikut hangpa lah, asalkan korang bahagia. Sedangkan azam yang tahun2 sudah pun lum kering dakwat kat diari. Pastue nak bina azam baru pula. Tak salah, at least tujuan hidup itu ada. Taklah terkontang-kanting cam mak pit sudah. Then bagi saya pula, biasa dalam biasa dan suci dalam debu. Rasanya azam tahun ini nak menyahut seruan azan je. Doakan saya ye, saya nak berubah...
  • WebCam Plzzz...Yang ini lagi power, Hanya dua perkataan tapi bisa dia kalah ular tedung. Saya tak nak komen apa2 pasal ini, lagipun saya baru je mahu aplikasikan dalam Ym saya. Baru nak berjinak2 ngan mangsa, tapi dia dah berenti kerja. Frustnya, tapi jangan bimbang, pakar webcam plzz ada. Nanti mau berguru sama dia. Gua respect sama lu bro, siap boleh buat lirik lagu. Cinta Bukit Bendera. Nantikan di pasaran.
  • Raja Lawak Musim Ke4. Bolehlah tahan, tapi saya menyampah kat J.D. Lawak cam bangang. Nasib baik hang kaya dan pandai cakap jepun. Bolehlah bertahan lama sikit. Bak kata Din Beramboi, buang masa je tengok lawak hang. Aku harap ko dapat bertahan sampai minggu ni saja. Anda bayangkanlah sendiri camna tahap lawak J.D tue.
  • Terakhir, umur saya makin tua, tapi tak jumpa lagi ngan Nurkasih saya. Takkan nak membujang sampai tua. Waduh, kecewa dong....Tolong kawan2

Thursday, December 31, 2009

2009

Tolong jangan maafkan saya kerana malas nak mengupdatekan blog nie. Biasalah hujung tahun camni kebanyakkan penjawat awam menghabiskan cuti yang diberi kerajaaan. Walaupun saya bukan lagi berkerja untuk kerajaan. Perasaan mereka semua turut menjadi adunan yang sebati dalam diri saya.

Kita bersua kembali untuk tahun 2010. Ingatkan saya supaya menulis lagi. Wacaaa

Friday, November 20, 2009

Kata Orang

Kata Mak,
KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang...

Kata Abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit...

Kata Atuk,
KAWAN tu seperti air, akan terus mengalir tanpa henti...

Kata Nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tapi berada nun jauh di sana...

Kata Sedara,
KAWAN tu macam makanan, ibarat kawan makan kawan!!

Kata Abang,
KAWAN tu seperti lembu (minta maaf bahasa kasar), mengikut saja apa dikata oleh tuannya...

Kata Kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, berbau tapi sedap dimakan...

Kata Adik,
KAWAN tu macam biskut chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada...

Kata Saya,
KAWAN tu tak kisahlah macam mana pun. Asalkan tak menikam dari belakang, buat salah tak nak mintak maaf. Aku peduli apa, ramai lagi yang menunggu kat belakang untuk dikawani...Terima kasih semua, see u then



Membimbing saya ke jalan yang benar

Thursday, November 12, 2009

Bahasa

Orang tua2 selalu berkata, Bahasa melambangkan bangsa, jangan mati adat biar mati anak, dan pelbagai lagi perumpaan yang melambangkan kita keturunan keturunan bangsawan melayu. Saya pun begitu jua, walaupun perkataan yang keluar dari mulut saya tidak serupa perkataan yang ada dalam buku kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, tapi yang penting kita EnJoY!!!!!....

  • Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
  • Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
  • Tiada rotan, pelempang berguna juga

  • Biar lambat asalkan tak cepat
  • Biar putih tulang, jangan kuning gigi
  • Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
  • Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
  • Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
  • Secupak takkan jadi 18 cupak
  • Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia
  • Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
  • Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
  • Alang-alang mandi biar guna sabun
  • Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
  • Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
  • Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... . bisu
  • Hidup segan mati di tanam
  • Ikut hati mati, ikut rasa merasa
  • Lembu punya susu cap teko dapat nama
  • Sehari selambar benang lama-lama benang habis
  • Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
  • Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
  • Membujur lalu melintang pukang
  • Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
  • Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
  • Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
  • Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!:lawak:

Tuesday, November 10, 2009

Santai

Talking Ayat-ayat power lepas kawin.. cam betul je...

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K....

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK.. ,_._,___

Wednesday, November 4, 2009

Pejuang Keadilan


Maafkan saya kerana lama tak update blog ini. Saya masih lagi mencari ilham yang bernas untuk dimuatkan dalam entry ini. Mungkin malam ini atau mungkin esok atau mungkin bila2 yang memungkinkan saya. Walau apapun, Anda lebih bermakna dari segalanya.



Ini adalah pejuang berani mati yang telah dilatih untuk mempertahankan tanah air jika diceroboh oleh sesiapa sahaja termasuk anda. Awas, anda telah diperhatikan setiap masa. Diminta anda semua bangun dan berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyikan Lagu kebangsaan. Haishh.....

Hahaha, ramai yang beranggapan ini adalah Rejimen 6 Askar Wataniah. Untuk pengetahuan anda ini adalah Team Soket Paintball. Sesiapa yang ingin mencabar kami. Dipersilakan, sila booking kami disini. Ok deh. Wa chow lu

Thursday, October 29, 2009

MiNggU TeRaKhir

Banyak perkara terjadi antara minggu ini. Inikah asam garam yang disebut oleh orang2 tua kepada kita sewaktu lepas mengaji Muqadam. Kalau betul, boleh tahan jugak rasa asam garam ini. Saya cuba hilangkan rasa bosan ini dengan menulis untuk menghilangkan rasa bosan anda semua.

  • Saya penyokong Man Utd yang tegar. Kekalahan dikaki musuh ketat, Liverpool amat menguntung rasa payau dalam hati ini. Kepada penyokong lawan saya. Kalau berani marilah satu lawan satu. Ko pakai keris dan aku pakai pistol. Kita tgk sapa yang kena. Saya putarr Halim.
  • Saya bahagia bersama karenah kawan2 yang berlainan angkatan. Antaranya Ad seorang bekas ahli komando bersama ayam sabungnya suka melepak dan melihat tayangan amal untuk didermakan kepada Yayasan Kanser Malaysia. Saya kagum dengan anda. Manakala Mud, seorang pemuda yang berwawasan tinggi tapi hidup bersama alasan yang langsung menggatalkan hati saya. Alasan anda belum dapat membuat hati saya teruja. Maafkan diri anda sendiri. Begitu juga dengan Pak Mid, cerita anda membuatkan saya cukup kagum. Anda layak memberikan cerita anda kepada Razak Mohaiden untuk dijadikan filem. Tidak lupa juga kepada Azrai Khor. Walaupun tahun ini, jodoh anda tidak lama bersama Kedah, tapi keinsafan anda membuatkan anda tidak lagi pakar dalam Gelimart. Tapi anda pakar dalam permainan poker. Walaupun chip ada 400. All in je memanjang. Untuk saudara Apai, anda belum dapat tewaskan pasangan Cengko dan saya. Belum terlambat untuk anda mengasah bakat anda. Kita jumpa di KL. Manakala Pak Din tetap dengan taglinenya, Charr, Roti jala satu. Itu tak baik punya. Untuk saudara Zul, satu persoalan, bilakah kita nak karok lagu rappers lagi. Yo Yo Yo. ( Nama2 diatas adalah nama samaran dan dan cerita ini adalah rekaan semata-mata. Betul ke rekaan??). Anda semua membuatkan minggu terakhir saya baru bermula.
  • Final exam membuatkan saya menjadi kacau-bilau ibarat garuda melanggar mahamerungwangsa. Jiwa saya kosong. Apatah lagi otak saya. Tolonglah saya. Saya tak bersalah.....
Aduh mata ini ibarat ada gam cap gajah. Kita bersambung dalam episod kedua nanti. Nantikan tanyangan di tempat anda.