Thursday, March 4, 2010
Motivasi Terbaikkkk
Memberi maaf memang mudah tapi nak melupakan habis apa yang orang dah buat pada kita seolah-olah tiada apa-apa, itu agak mencabar.
Saya tak suka kata susah, saya memilih untuk kata ‘mencabar‘ sebab perkatan tu lebih positif. Menyebut perkataan ‘susah‘ membuat kita terdorong untuk berfikiran negatif kerana bunyi perkataan tu agak negatif.
Dah jadi lumrah agak mencabar melupakan perangai orang yang menyakitkan hati kita. Tapi, jika Anda nak berjaya, nak menjadi orang hebat dalam bidang Anda sekarang ni dan Anda betul-betul nak berubah, Anda kena melatih diri untuk melupakan kesalahan orang.
Cemana nak melupakan?
Langkah 1: Tutup cerita lama, buka cerita baru.
Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.
Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalo diingat selalu.
Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.
Langkah 2: Anggap setiap hari adalah hari yang baru dan tiada kaitan langsung dengan hari-hari buruk yang dah berlalu.
Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa kini. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira.
Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalo macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita.
Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita.
tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.
Langkah 3: Pendirian mesti mau kuat, fikiran kena matang.
Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, Anda kena kawal emosi.
Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.
Friday, February 26, 2010
Sajak Untuk AKu
Kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai
Kemudian teriakku
Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Aku mahu bingar…aku mahu di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya
Biar ramai..biar mengaduh sampai gaduh
Aihh..ada malaikat menyulam jaring labah-labah
belang
Di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja locengnya
Biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai?
Monday, February 8, 2010
Hari Buat Anak
dan ini lagi funny shit yang di report oleh The Star online.
pelajar pusat pengajian tinggi urged girls not to wear panties on Valentine's Day.
objektif untuk tidak pakai spender adalah : menunjukkan how much you love ur boyfriend.
ni mesti nak buat anak ni. haish.

Tuesday, February 2, 2010
BuHsAn
- Hari selasa kena present physic teaching method, presentation itu bukan menjadi masalah bagi saya yang bercita-cita menjadi ahli politik wang, tapi saya punya bukan english britain tapi english keterengganuan. Jadi bahan jenaka lagilah saya ini,
- Saya malas nak pikiaq apa2 lagi, baik tidu je, Ahlam Wassalam semua. ArGGhhh
Tuesday, January 19, 2010
Hari Pertama 2010
- Azam. Setiap tahun baru menjelma, mesti orang tanya tentang azam. Memang tipikal kawan2 saya ini. Macam2 azam yang kedengaran, nak insaflah, nak benti rokoklah, nak kayalah, nak cari mangsa barulah. Ikut hangpa lah, asalkan korang bahagia. Sedangkan azam yang tahun2 sudah pun lum kering dakwat kat diari. Pastue nak bina azam baru pula. Tak salah, at least tujuan hidup itu ada. Taklah terkontang-kanting cam mak pit sudah. Then bagi saya pula, biasa dalam biasa dan suci dalam debu. Rasanya azam tahun ini nak menyahut seruan azan je. Doakan saya ye, saya nak berubah...
- WebCam Plzzz...Yang ini lagi power, Hanya dua perkataan tapi bisa dia kalah ular tedung. Saya tak nak komen apa2 pasal ini, lagipun saya baru je mahu aplikasikan dalam Ym saya. Baru nak berjinak2 ngan mangsa, tapi dia dah berenti kerja. Frustnya, tapi jangan bimbang, pakar webcam plzz ada. Nanti mau berguru sama dia. Gua respect sama lu bro, siap boleh buat lirik lagu. Cinta Bukit Bendera. Nantikan di pasaran.
- Raja Lawak Musim Ke4. Bolehlah tahan, tapi saya menyampah kat J.D. Lawak cam bangang. Nasib baik hang kaya dan pandai cakap jepun. Bolehlah bertahan lama sikit. Bak kata Din Beramboi, buang masa je tengok lawak hang. Aku harap ko dapat bertahan sampai minggu ni saja. Anda bayangkanlah sendiri camna tahap lawak J.D tue.
- Terakhir, umur saya makin tua, tapi tak jumpa lagi ngan Nurkasih saya. Takkan nak membujang sampai tua. Waduh, kecewa dong....Tolong kawan2
Thursday, December 31, 2009
2009
Kita bersua kembali untuk tahun 2010. Ingatkan saya supaya menulis lagi. Wacaaa
Friday, November 20, 2009
Kata Orang
Kata Mak,
KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang...
Kata Abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit...
Kata Atuk,
KAWAN tu seperti air, akan terus mengalir tanpa henti...
Kata Nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tapi berada nun jauh di sana...
Kata Sedara,
KAWAN tu macam makanan, ibarat kawan makan kawan!!
Kata Abang,
KAWAN tu seperti lembu (minta maaf bahasa kasar), mengikut saja apa dikata oleh tuannya...
Kata Kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, berbau tapi sedap dimakan...
Kata Adik,
KAWAN tu macam biskut chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada...
Kata Saya,
KAWAN tu tak kisahlah macam mana pun. Asalkan tak menikam dari belakang, buat salah tak nak mintak maaf. Aku peduli apa, ramai lagi yang menunggu kat belakang untuk dikawani...Terima kasih semua, see u then
Membimbing saya ke jalan yang benar



