Friday, November 20, 2009

Kata Orang

Kata Mak,
KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang...

Kata Abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit...

Kata Atuk,
KAWAN tu seperti air, akan terus mengalir tanpa henti...

Kata Nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tapi berada nun jauh di sana...

Kata Sedara,
KAWAN tu macam makanan, ibarat kawan makan kawan!!

Kata Abang,
KAWAN tu seperti lembu (minta maaf bahasa kasar), mengikut saja apa dikata oleh tuannya...

Kata Kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, berbau tapi sedap dimakan...

Kata Adik,
KAWAN tu macam biskut chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada...

Kata Saya,
KAWAN tu tak kisahlah macam mana pun. Asalkan tak menikam dari belakang, buat salah tak nak mintak maaf. Aku peduli apa, ramai lagi yang menunggu kat belakang untuk dikawani...Terima kasih semua, see u then



Membimbing saya ke jalan yang benar

Thursday, November 12, 2009

Bahasa

Orang tua2 selalu berkata, Bahasa melambangkan bangsa, jangan mati adat biar mati anak, dan pelbagai lagi perumpaan yang melambangkan kita keturunan keturunan bangsawan melayu. Saya pun begitu jua, walaupun perkataan yang keluar dari mulut saya tidak serupa perkataan yang ada dalam buku kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, tapi yang penting kita EnJoY!!!!!....

  • Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
  • Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
  • Tiada rotan, pelempang berguna juga

  • Biar lambat asalkan tak cepat
  • Biar putih tulang, jangan kuning gigi
  • Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
  • Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
  • Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
  • Secupak takkan jadi 18 cupak
  • Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia
  • Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
  • Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
  • Alang-alang mandi biar guna sabun
  • Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
  • Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
  • Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... . bisu
  • Hidup segan mati di tanam
  • Ikut hati mati, ikut rasa merasa
  • Lembu punya susu cap teko dapat nama
  • Sehari selambar benang lama-lama benang habis
  • Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
  • Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
  • Membujur lalu melintang pukang
  • Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
  • Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
  • Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
  • Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!:lawak:

Tuesday, November 10, 2009

Santai

Talking Ayat-ayat power lepas kawin.. cam betul je...

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K....

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK.. ,_._,___

Wednesday, November 4, 2009

Pejuang Keadilan


Maafkan saya kerana lama tak update blog ini. Saya masih lagi mencari ilham yang bernas untuk dimuatkan dalam entry ini. Mungkin malam ini atau mungkin esok atau mungkin bila2 yang memungkinkan saya. Walau apapun, Anda lebih bermakna dari segalanya.



Ini adalah pejuang berani mati yang telah dilatih untuk mempertahankan tanah air jika diceroboh oleh sesiapa sahaja termasuk anda. Awas, anda telah diperhatikan setiap masa. Diminta anda semua bangun dan berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyikan Lagu kebangsaan. Haishh.....

Hahaha, ramai yang beranggapan ini adalah Rejimen 6 Askar Wataniah. Untuk pengetahuan anda ini adalah Team Soket Paintball. Sesiapa yang ingin mencabar kami. Dipersilakan, sila booking kami disini. Ok deh. Wa chow lu